GBP/USD Cemerlang Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Lonjakan 200 Pips!

122

Perkembangan politik dan kewangan di UK yang bergolak sejak kebelakangan ini dilihat turut menjadi penyumbang terhadap kebimbangan dalam pasaran global.

Namun, mata wang Pound pada dagangan awal sesi Eropah semalam beraksi cemerlang memaparkan lonjakan nilainya susulan perkembangan terbaru di UK.

Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Liz Truss mengumumkan untuk menangguhkan dahulu rancangan pemotongan cukai selepas mendapat kritikan oleh ahli parlimen.

Ini dilihat memberi ruang untuk bank pusat England (BOE) untuk meneruskan langkah pengetatan dasarnya tanpa dijejaskan oleh pelonggaran fiskal oleh kerajaan.

Namun, Pound kekal berisiko untuk alami penyusutan ekoran BOE juga turut mengumumkan pelan pembelian bon jangka masa panjang yang merupakan salah satu langkah dalam pelonggaran polisi.

Buat ketika ini, Pound masih didagangkan kukuh berbanding US dolar yang melemah setelah terkesan oleh terbitan data tinjauan sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang suram semalam.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih mengekalkan corak bullish minggu lalu dengan kenaikan harian dicatatkan pada Isnin semalam lebih 200 pips.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut dengan kenaikan dari paras 1.11000 telah berjaya mencapai sasaran ketinggian pada 1.13000 di penghujung sesi New York.

Pergerakan harga lebih perlahan dan mendatar menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), namun kekal berlegar di sekitar 1.13000.

Dengan corak yang dipaparkan, harga dilihat cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi lagi dengan sasaran seterusnya terletak pada zon rintangan 1.14500.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan berpotensi untuk mencapai sehingga ke ketinggian 1.16000 bagi mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika menukar arah untuk membuat terjunan semula minggu ini, paras 1.1200 dan 1.11000 akan menjadi tumpuan untuk pelabur meneliti reaksi harga pada paras-paras berikut.

Sekiranya harga berjaya tembus lebih rendah dan mula bergerak di bawah paras MA50, isyarat perubahan trend bearish akan mencetus jangkaan harga untuk susut menuju ke zon 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat