GBP/USD Jatuh Semula Selepas Rekodkan Paras Tertinggi Terbaru

604

Selepas Pound Sterling berjaya mengukuh berbanding US dolar ke paras tertinggi sejak April 2018 pada minggu lalu, mata wang Britain tersebut kembali menutup dagangan mingguan dengan penyusutsan nilainya semula.

Hal ini adalah kebimbangan terhadap kenyataan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson bahawa, kajian terhadap variasi virus yang baru adalah 30% lebih berbahaya berbanding virus asal, menambahkan lagi keraguan terhadap keberkesanan vaksin.

Pada carta harga GBP/USD minggu lalu, harga yang berjaya mencapai paras ketinggian terbaru sehingga 1.37400 kembali susut semula di bawah paras 1.37000.

Penghujung minggu lalu turut menyaksikan pengukuhan US dolar selepas pelabur menyaksikan ‘lautan merah’ pada pasaran saham AS memberi petunjuk awal sentimen berisiko pasaran.

Faktor tersebut turut menekan harga pada carta GBP/USD lebih rendah semula di samping penyusutan Pound.

Namun pada sesi Asia pagi ini harga dilihat menguji semula paras 1.37000 dan juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan berjaya menembusinya sebelum meneruskan kenaikan pada awal sesi Eropah.

Kenaikan yang diteruskan semula bakal menguji paras ketinggian 1.34000 yang dicapai minggu lalu sebelum kenaikan lebih tinggi akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru lagi.

Sebaliknya jika berlaku penurunan semula harga di bawah paras 1.37000, penurunan dijangka menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.36000.

Penurunan lebih rendah bakal menuju pula ke zon sokongan pada 1.35000 dan juga 1.34000 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat