GBP/USD Makin Terbenam Rendah Di Bawah Paras Harga $1.4000

806

Penurunan harga pada carta GBP/USD pastinya telah dijangkakan ramai berdasarkan faktor fundamental dan teknikal yang jelas selepas keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

US dolar terus mengukuhkan nilai dagangannya untuk pamerkan prestasi mingguan terbaik dalam tempoh 9 bulan bagi mengakhiri siri penurunannya sebelum ini.

Sementara, Pound Sterling terus bergerak lemah dan dijangkakan akan berterusan sehingga beberapa minggu lagi susulan lanjutan sekatan pergerakan di UK yang menjejaskan rancangan pembukaan ekonomi oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Data-data ekonomi UK yang diterbitkan positif juga gagal menyokong kenaikan nilai Pound. Sesi Eropah hari ini akan memberi tumpuan pada data jualan runcit UK untuk bulan Mei, yang dijangkakan mencatat bacaan lemah.

Meneliti pergerakan harga pada carta GBP/USD, harga telah menjunam ke paras sokongan 1.40000 selepas mesyuarat FOMC sebelum perlahan di sekitar paras tersebut.

Penurunan harga kekal bersambung pada sesi Eropah dan New York semalam sehingga mencecah ke paras terendah terbaru 1.39000.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menjadi isyarat untuk harga terus membuat penurunan.

Selepas mencecah paras 1.39000, harga kembali meningkat perlahan dan mendatar pada sesi Asia pagi Jumaat.

Namun penurunan harga dijangka akan terus bersambung untuk menuju ke paras sasaran terbaru pada zon support 1.38300-1.38000.

Untuk situasi kenaikan harga, paras 1.40000 akan menjadi rintangan yang akan diuji harga sebelum menyambung penurunan semula.

Kenaikan yang melepasi paras tersebut akan membuat pelabur berhati-hati untuk perubahan trend kenaikan harga semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat