GBP/USD Rekod Penurunan Terendah Sejak Dagangan Januari Lalu

473

Matawang Pound Sterling masih mencatatkan penurunan pada dagangan minggu ini ekoran rundingan Brexit yang dilihat berada dalam situasi yang membimbangkang.

Jawatan Perdana Menteri Theresa May menjadi taruhan apabila menteri-menteri kabinet dilaporkan sedang merancang untuk mendesak beliau melepaskan jawatannya selepas gagal meyakinkan parlimen untuk menyokong pelan Brexit terbaru beliau.

Tumpuan pada GBP turut terarah kepada data jualan runcit di UK yang akan dikeluarkan pada sesi pasaran Eropah esok hari. Jangkaan penurunan pada bacaan data menambahkan lagi tekanan buat matawang British tersebut.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga meneruskan siri penurunan semalam dengan mencatatkan paras terendah yang terbaru sejak dagangan Januari lalu hampir mencecah paras support 1.26200.

Walaupun dagangan USD masih berisiko berikutan isu perang dagang yang terus berlanjutan, namun kelemahan pada nilai matawang GBP terus menekan harga ke paras lebih rendah.

Penurunan harga pada GBP/USD semalam dilihat melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dan kembali pantul membuat sedikit kenaikan semula sebelum berjaya mencecah penurunan pada support MagicS2.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga dibuka rendah di bawah paras Magic Pivot 1.2666 dan pergerakan harga agak perlahan namun menunjukkan penurunan ke arah paras terendah yang dicecah semalam.

Jika harga turun ke paras terendah semalam, harga akan menguji paras support 1.2615 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan yang berjaya melepasi paras support tersebut bakal mencatatkan paras terendah yang terbaru berkemungkinan menuju ke paras support sekitar 1.2571 (MagicS2) atau lebih rendah ke paras 1.2519 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras awal yang diuji harga adalah pada resistance 1.2710 yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum kenaikan seterusnya bakal menguji pula paras SBR pada 1.27800.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.2615, 1.2571, 1.2519.

Paras resistance: 1.2710, 1.2762, 1.2805.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat