GBP/USD Sendu Di Atas Zon Support $1.2400, Data PMI Dinantikan

150

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam juga gagal memberikan arah yang jelas untuk pelabur.

Jangkaan untuk US dolar terus melemah dan meningkatkan harga meleset apabila harga sebaliknya bergerak turun naik dalam julat 50 pips sahaja.

Setelah Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada minggu lalu menyatakan bahawa bank pusat berkemungkinan tidak perlu naikkan kadar faedah, namun Presiden Fed James Bullard semalam menyatakan bahawa beberapa lagi kenaikan kadar diperlukan untuk melawan inflasi.

Kenyataan bernada hawkish tersebut dilihat telah menghadkan kembali penyusutan US dolar sementara pelabur kini menantikan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan Amerika Syarikat (AS).

Pergerakan harga pada carta GBP/USD perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) di sekitar 1.24300.

Harga yang juga bergerak di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut masih belum memberi petunjuk yang jelas untuk arah harga selanjutnya.

Sekiranya lonjakan jelas dipaparkan, harga bakal meningkat menuju paras 1.25000 untuk menguji rintangan tersebut.

Jika berjaya ditembusi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mencapai sehingga ke sasaran tumpuan sebelum ini iaitu di zon 1.26000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan, paras sokongan harga pada 1.24000 yang dicecah minggu lalu akan kembali diuji minggu ini.

Seterusnya, paras tersebut jika gagal melantunkan kembali harga, penurunan lebih rendah akan diperlihatkan setelah sasaran paras terendah terbaru beralih kepada 1.23000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat