GOLD Melonjak Hampiri Paras Harga $2000 Semula

708

Harga emas kekal meneruskan kenaikan menuju paras $2000 menyambung corak kenaikan harga sejak penghujung dagangan minggu lalu.

Setakat sesi Eropah, harga emas telah mencapai ketinggian paras harga $1991 sebelum sedikit penurunan kembali berlaku.

Faktor kenaikan harga emas didorong oleh penyusutan ketara oleh dagangan US dolar dengan beberapa faktor dalam pasaran yang masih menekan dagangan matawang utama tersebut.

Namun, pelabur tetap berhati-hati untuk pembelian berterusan emas sebagai aset safe-haven dengan perkembangan positif berkenaan vaksin AstraZeneca yang akan memulihkan keyakinan pelabur dalam pasaran.

Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD, harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang masih memberi isyarat trend bullish buat logam kuning.

Jika berterusan, harga emas bakal kembali tembusi paras $2000 dan menguji semula paras tertinggi yang pernah dicapai pada ketinggian sekitar $2015.

Namun jika penurunan harga berlaku, paras sokongan yang dilihat akan dituju harga adalah pada sekitar $1975 sebelum ke paras lebih rendah sekitar zon harga $1950.

Manakala zon support utama harga adalah pada $1900 yang masih gagal ditembusi harga untuk dagangan 2 minggu sebelum ini.

Bagi dagangan US dolar, pelabur akan lebih berhati-hati dengan jangkaan pergerakan lemah berterusan menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat di penghujung minggu.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat