Habis! Lonjakan USD Lenyapkan Keuntungan Diraih Emas

881

Logam berharga emas kembali bergelut untuk mencari daya tarikan setelah gagal mempertahankan kenaikan semalaman susulan pengukuhan semula matawang US dolar.

Emas pada mulanya mendapat sokongan pada awal sesi setelah data pekerjaan swasta ADP AS yang diterbitkan menunjukkan bacaan kurang memberangsangkan, dengan peningkatan hanya sebanyak 330,000 pekerjaan daripada jangkaan kenaikan 695,000 pada bulan Julai.

Harga emas melonjak ke paras tertinggi satu setengah bulan pada $1,832 per auns susulan data tersebut, sebelum kembali menjunam rendah ke paras harga $1,806 per auns selepas US dolar melonjak tinggi susulan kenyataan hawkish pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida mengatakan syarat untuk menaikkan kadar faedah dapat dicapai pada akhir 2022, dan yakin bahawa bank pusat akan mengumumkan pengurangan dalam program pembelian aset akhir tahun ini.

Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa pembuat dasar lain, di mana salah satunya, Presiden Fed Louis, James Bullard mengatakan pengurangan pembelian bon yang lebih cepat akan membuka jalan kepada kenaikan kadar pada tahun depan, jika diperlukan.

Turut menekan dagangan emas, adalah apabila data PMI perkhidmatan tinjauan ISM yang diterbitkan menunjukkan peningkatan paling kuat dalam sektor itu sejak tahun 1997 pada bulan Julai.

Pada sesi Asia, emas didagangkan suram di sekitar harga $1,809 per auns, sementara niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,812 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat