Habislah! Putin Punya Pasal, ECB Pun Tak Dapat Selamatkan Euro

403

Langkah pengetatan yang lebih agresif daripada Bank Pusat Eropah (ECB) mungkin tidak mampu menyelamatkan euro daripada kesan krisis tenaga yang semakin mendalam.

Euro telah menjunam di bawah 0.9900 berbanding US dolar buat pertama kali sejak akhir 2002 selepas Rusia menghentikan bekalan gas asli melalui saluran paip utama ke Eropah.

Menjadi tumpuan pelabur untuk mata wang euro seterusnya adalah mesyuarat polisi ECB yang akan berlangsung pada hari Khamis.

Bank pusat itu dijangka secaa meluas untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada minggu ini, di mana beberapa penggubal dasar telah memberi isyarat untuk melaksanakan kenaikan lebih agresif pada mesyuarat September.

Walaupun begitu, penganalisis berpendapat ia tidak akan membantu mata wang itu untuk bangkit semula.

Pakar strategi di Institut Pelaburan Barings mengatakan kenaikan kadar yang besar ini tidak akan berbuat apa-apa untuk menyelamatkan euro, berikutan  kemelesetan semakin hampir dan kebimbangan geopolitik yang tidak terkawal.

Goldman Sachs pula meramalkan euro akan melemah ke paras harga $0.97 dan kekal rendah untuk enam bulan akan datang berikutan kemusnahan permintaan yang disebabkan krisis gas mendorong penguncupan lebih mendalam dan lebih lama.

Sementara itu, Capital Economics menyemak semula ramalannya untuk euro merosot kepada $0.90 pada tahun depan, jatuh 9% daripada paras semasa.

Euro telah dikaitkan secara songsang dengan harga gas selama berbulan-bulan, di mana ia cenderung untuk jatuh apabila harga tenaga meningkat.

Sebagai rekod, harga gas telah melonjak 255% pada tahun 2022 dan pada hari Isnin ia meningkat 30%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat