Hanya Guna Kripto Je Dah Boleh Beli Saham Tesla, Amazon!

1,515

Bursa saham kripto, AnyCryptoStock merupakan bursa saham kripto pertama yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Satu-satunya bursa saham kripto itu merupakan pertukaran cross-chain tidak berpusat yang menggunakan ciri blockchain untuk transaksi pantas dan selamat.

AnyCryptoStock telah mula beroperasi dan membenarkan perdagangan saham kripto yang dikeluarkan oleh Crypto Stock Foundation dengan pasangan stablecoin dan token ERC20, USxD (USxD).

Kebanyakan saham kripto merupakan token ERC-20 yang mewakili saham syarikat perniagaan terkemuka.

Ini bermakna, pelabur kripto boleh membeli saham Google, Amazon, Apple, Tesla dan banyak lagi dalam bentuk matawang kripto.

Mereka yang beminat boleh mula mendaftar dan masukkan deposit Bitcoin (BTC) atau Ether (ETH) sebelum tukarkan dengan USxD. Pengguna juga bebas untuk membeli keseluruhan stok kripto atau hanya sebahagian kecil sahaja.

Cara simpanan USxD dan saham kripto sangat mudah menggunakan mana-mana wallet yang menyokong standard ECR-20.

Bagaimanapun, perkhidmatan AnyCryptoStock tidak tersedia di Amerika Syarikat (AS).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat