Hanya Tempoh Seminggu, Token Ini Melonjak 450% Sebabkan Twitter!

567

Mata wang kripto Mask Network (MASK) mendapat perhatian dalam kalangan pelabur susulan berjaya membuat pendakian sebanyak 450% dalam tempoh seminggu menembusi zon $5.84 disebabkan pengambilalihan platform media sosial Twitter oleh jutawan Elon Musk.

Difahamkan bahawa peningkatan harga berterusan itu telah berlaku sejak dua minggu lalu dengan memperoleh 413.1% dalam tempoh 14 hari lalu dan 362.5% tujuh hari lepas, malah kebanyakan platform exchanger kripto yang memeterai perjanjian bersama MASK juga adalah antara sebab lonjakan berlaku.

Antara exchanger kripto yang menyenaraikan MASK adalah FTX, Bybit, MoonXBT, CoinEx, dan XT.

Rentetan itu, para pelabur meluahkan keterujaannya ekoran Musk berkemungkinan akan memasukkan kripto seperti Dogecoin (DOGE), BNB termasuklah MASK untuk pembayaran di Twitter.

Umumnya, MASK membenarkan para pengguna membawa privasi serta faedah daripada Web3 ke media sosial seperti Facebook dan Twitter termasuklah membenarkan penghantaran kripto.

Sementara itu, MASK yang berada pada trajektori kenaikan harga mungkin akan memberi impak positif kepada aset digital tersebut, namun para pelabur harus berhati-hati kerana pasaran kripto kini masih berada dalam keadaan volatile.

Dalam pada itu, harga MASK dijangkakan akan meneruskan pendakiannya dalam beberapa minggu lagi susulan tindakan Musk tersebut.

Malah, para pelabur turut yakin bahawa aset digital tersebut mampu menembusi paras $10 sebelum akhir bulan ini.

Setakat penulisan ini, MASK kini berlegar-legar pada paras harga $4.55 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan melonjak 85$ dalam sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat