Harga BTC Susut! Ini Langkah Permulaan Yang Di Ambil Oleh Pemain Pasaran

2,309

Pasaran sekali lagi berhadapan dengan pembetulan harga untuk hari kedua berturut-turut apabila harga Bitcoin jatuh di bawah paras harga $48,000. Sebilangan besar aset kripto lain mengalami lagi penurunan harga yang lebih besar dan nilai pasaran kripto telah kehilangan sekitar $100 bilion dalam sehari.

Pembukaan minggu ini, pasaran kripto kembali mengejar paras $50,000 dan mencatat ketinggian berbulan-bulan. Pada hari ini Isnin baru-baru ini, harga kripto telah mencecah di atas $50,000 untuk pertama kalinya sejak pertengahan Mei.

Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan sebelum ini,kegagalan  BTC  untuk bertahan pada paras $50,000 akan membawa kepada kebarangkalian terjadinya pembetulan harga. Dalam tempoh 24 jam, harga BTC telah susut 2.27% kepada paras harga $47,831 seunit.

Turun naik harga dalam 24 jam terakhir telah memberi impak terutama kepada ‘leverage trader’. Data dari Bybit menunjukkan terdapat kecairan melebihi $450 juta. Seperti kebiasaannya, turun naik dalam harga BTC akan membawa pergerakan harga yang lebih ketara untuk aset kripto lain.

Ethereum turun 5% dan kini berada di bawah $3,200. Binance coin pula catat penurunan 2.5% kepada $ 485. Cardano, yang baru-baru ini capai ATH, jatuh 3.17% kepada $2.70.

Lebih banyak kerugian dapat dilihat dari Telcoin (-13%), Zilliqa (-12%), SwissBorg (-12%), Ontologi (-11%), XinFin Network (-11%), Audius (-10%), SushiSwap ( -10%), dan beberapa lagi kripto lain.

Pada ketika ini pasaran mengambil langkah berjaga-jaga dengan memposisikan ‘cut loss’ dan memberi tumpuan pada paras sokongan iaitu pada $47,200 dan kemudian pada paras harga $45,000.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat