Harga Eksport dan Import U.S Naik Melebihi Jangkaan

105

Laporan pada hari Selasa menunjukkan harga import dan eksport U.S meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan September.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Statistik U.S harga import meningkat 0.7% pada bulan lepas berbanding 0.6% pada bulan Ogos. Namun jangkaan penganalisis hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 0.5% .

Harga eksport juga meningkat iaitu sebanyak 0.8% pada bulan September berbanding jangkaan yang menjangkakan peningkatan 0.4% . Pada bulan Ogos , harga eksport mencatat kenaikan 0.7% setelah diteliti semula.

Selepas laporan tersebut dikeluar, EUR/USD didagangkan pada 1.1757, GBP/USD didagangkan pada 1.3180, manakala USD/JDY meningkat kepada 112.31 berbanding 112.18 sebelumnya.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.41% iaitu pada bacaan 93.51setakat pukul 9.45 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat