Harga Emas Dan Minyak Terus Membuat Kenaikan, US Dolar Menyusut – Sesi Asia

89

Forex

US dolar menyusut lebih banyak dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.01% kepada 92.23 dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat setakat jam 10.35 a.m.

Matwang AUD/USD mengukuh pada awal sesi dagangan Asia sebelum mengalami penyusutan sedikit sebanyak 0.04% kepada 0.7794.

Pengukuhan AUD didorong oleh faktor kelemahan matawang USD dan laporan data kredit sektor swasta yang naik melebihi jangkaan.

Minyak

Harga minyak melonjak lebihi tinggi pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.69% kepada $60.25 setakat jam 10.35 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.57% kepada $66.57 setong setakat jam 10.35 a.m.

Peningkatan minyak WTI didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah lebih dariapda jangkaan iaitu sebnayak 4.6 juta tong berbanding sasaran yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 3.9 juta tong.

Emas

Emas pula terus membuat kenaikan dengan kelemahan US dolar ketika ini. Emas membuat kenaikan sepuluh hari berturut-turut sejak 15 Disember lalu.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.08% pada hari Jumaat kepada $1,298.20 setakat jam 10.35 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat