Harga Emas Jatuh, Korea Utara Menarik Balik Ancaman Terhadap Guam

100

Harga emas meneruskan penurunan pada sesi Asia hari ini selepas Korea Utara menarik balik ancaman serangan peluru berpandu ke atas wilayah US di Guam dan dolar juga kembali pulih selepas jatuh ke paras terendah 15 bulan yang lalu.

Emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange susut $8.75 atua 0.68%  kepada $1,281.65 per ounce setakat jam 11.56 pagi.

Semalam, harga emas mula jatuh selepas menghampiri paras tertinggi dua bulan lepas berikutan krisis geopolitik yang semakin reda selepas komen pegawai-pegawai pentadbiran Trump.

Kebimbangan terhadap krisis ini semakin pudar apabila Menteri Pertahanan US, Jim Mattis dan Menteri Dalam Negeri, Rex Tillerson berkata pada Ahad bahawa pentadbiran Trump akan membuat resolusi diplomatik dengan Pyongyang.

” US tidak berminat untuk menukarkan pemerintahan atau mempercepatkan penyatuan Korea. Kami tidak mempunyai alasan untuk menghantar tentera kami ke zon sempadan negara mereka” kata pegawai tersebut untuk meredakan kebimbangan sebahagian rakyat Korea Utara bahawa US mempunyai hasrat untuk menukarkan pemimpin mereka.

Kerugian terhadap logam berharga ini sukar dijangka berikutan sentimen terhadap pengetatan polisi monetari US masih kabur, ditambah pula dengan laporan data inflasi pada Jumaat lepas yang kekal perlahan bagi bulan Julai

Minit mesyuarat FOMC pada pagi Khamis akan menjadi tumpuan kepada para pelabur bagi mencari tanda-tanda baru tentang tindakan yang bakal diambil oleh Fed bagi mengurangkan penyata imbangan berjumlah $4.5 trillion serta meningkatkan kadar faedah untuk tahun ini.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat