Harga Junam Di Awal Sesi, Trader Intai Peluang Untung Pada Carta AUD/USD

464

Sesi Asia pada hari ini (Khamis) menyaksikan penyusutan nilai matawang dolar Australia sebelum laporan pekerjaan Australia bagi bulan September diterbitkan.

Gabenor bank pusat Australia (RBA), Philip Lowe telah memberi amaran untuk menurunkan kadar faedah kepada 10 mata asas serta meningkatkan pelonggaran polisi dalam usaha untuk menyokong semula aktiviti ekonomi Australia.

Beliau turut menyatakan bahawa kadar faedah dijangka tidak akan ditingkatkan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun.

Laporan pekerjaan Australia pula melihatkan ekonomi kehilangan pekerjaan sehingga 29,500 lebih rendah berbanding jangkaan penurunan -38,000. Sementara kadar pengangguran meningkat kepada 6.9% lebih rendah berbanding jangkaan 7.0%.

Turut memberi tekanan terhadap dagangan Aussie apabila data inflasi tahunan China untuk bulan September mencatatkan bacaan yang menurun. Di samping terkesan dengan ekonomi rakan dagang terbesarnya itu, hubungan Australia dan China juga dilihat kurang baik selepas isu sekatan import arang batu.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga yang bergerak di bawah paras 0.71700 telah menjunam di awal sesi Asia hari ini susulan penyusutan dolar Aussie.

Harga yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga masih memberikan isyarat trend bearish harga pada carta AUD/USD.

Dengan tekanan terhadap matawang Aussie, harga dijangka akan turun lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 0.70800.

Dan penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke zon support utama pada 0.70000.

Sebaliknya, jika berlaku perubahan trend harga semula, zon SBR (support become resistance) 0.71800 akan diuji semula begitu juga paras halangan dinamik MA50.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan ke paras 0.72000 seterusnya ke paras resistance 0.72400.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat