Harga Minyak Hari Ini Makin Menggila!

386

Harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak 2018 setelah bacaan data menunjukkan penurunan dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat, menandakan pemulihan dalam permintaan terus meningkat.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa bekalan minyak mentah AS jatuh sebanyak 8.5 juta tong pada minggu lalu, jauh lebih rendah daripada penurunan yang dicatatkan pada minggu sebelumnya sebanyak 2.1 juta tong.

Selain itu, laporan API juga menunjukkan bahawa inventori petrol meningkat sekitar 2.9 juta tong pada minggu lalu, dan stok penyulingan naik sekitar 2 juta tong.

Dagangan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan lebih tinggi pada $72.69 setong selepas menyentuh paras tertinggi sejak Oktober 2018, pada $72.12 setong dengan kenaikan 1.8%.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula diniagakan pada $74.62 setong, setelah mencapai paras tertinggi sejak April 2019 pada $74.46 setong, dengan menokok 1.6%.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh jangkaan daripada peniaga-peniaga minyak terbesar di dunia bahawa permintaan akan pulih lebih cepat pada separuh kedua tahun 2021.

Dalam satu laporan pada Selasa, peniaga-peniaga ini melihat bahawa harga minyak berada di atas $70 setong dengan permintaan yang dijangka akan kembali ke tahap pra-pandemik pada separuh kedua tahun 2022..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat