Harga Minyak Kekal Bertahan Di Tengah Pasaran Yang Tidak Menentu

181

Dagangan minyak mentah didagangkan stabil pada paras ketinggian tiga bulan ketika pasaran minyak global yang ketat mengatasi kebimbangan mengenai kemelesetan dan sekatan Covid-19 baharu di China akan menjejaskan permintaan.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat 1% kepada $123.40 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 0.75% untuk diniagakan pada $122 setong.

Penurunan eksport minyak Libya di tengah-tengah pergolakan politik yang melanda pengeluaran dan pelabuhan memburukkan lagi tekanan bekalan ketika pengeluar OPEC+ yang lain bergelut untuk mencapai sasaran keluaran mereka akibat pengurangan dari minyak Rusia.

Sementara itu di China, penularan wabak Covid-19 meningkat di Beijing setelah 166 kes baharu dilaporkan menyebabkan langkah sekatan pergerakan terpaksa dilaksanakan di kawasan yang terkesan.

Hal ini bukan sahaja akan merencatkan rancangan pembangunan China, tetapi juga dikhuatiri akan memberi impak kepada permintaan dari pengguna utama minyak dunia itu.

Dalam pada itu, lonjakan inflasi di Amerika Syarikat telah menimbulkan kebimbangan bahawa langkah pengetatan lebih agresif oleh bank pusat akan menyebabkan kemelesetan.

Kebimbangan ini sedikit sebanyak membataskan pergerakan harga minyak dari meningkat lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat