Harga Minyak Susut Selepas Pengeluaran Minyak Libya Pulih

73

Harga minyak meneruskan penurunannya di pasaran Asia pagi ini berikutan keadaan pengeluaran di kawasan pelantar minyak terbesar Libya serta keraguan terhadap keputusan OPEC untuk menghadkan pengeluaran minyak dunia.

Harga minyak Brent yang menjadi ukuran pasaran dunia susut 25 sen atau 0.48% kepada $52.12 setong setakat jam 10.30 pagi.

Bagi minyak West Texas Intermediate (WTI) pula susut 19 sen atau 0.38% kepada $49.20 setong.

Pengeluaran minyak di Sharara Libya kembali pulih seperti biasa selepas bilik kawalan di bandar Zawiya telah diserbu oleh sekumpulan pemberontak, kata Perbadanan Minyak Negara (NOC) semalam. Dalam kiraan suku tahunan, Libya berjaya mengeluarkan sebanyak 270,000 tong sehari , dan pengeluaran telah meningkat lebih daripada 1 juta tong sehari sejak akhir bulan Jun selepas hanya berjaya mengeluarkan 200,000 tong sehari tahun lepas.

Libya di kecualikan daripada sekatan pengeluaran minyak oleh OPEC. Namun pemulihan pengeluaran minyak yang tinggi telah menganggu usaha OPEC/non-OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dunia, menambahkan lagi keraguan terhadap keberkesanan sekatan yang mereka sedang jalankan.

Pengeluaran OPEC paling tinggi di rekodkan pada bulan Julai 2017, dan rekod pasaran eksport juga berjaya di pecahkan. Hari ini, OPEC/non-OPEC meneruskan perbincangan mereka berkenaan peningkatan terhadap patuh syarat pengurangan bekalan kepada 1.8 juta tong sehari.

Di US pula, pengeluaran minyak kekal tinggi walaupun data dari Baker Hughes pada Jumaat lepas melaporkan pengurangan satu pelantar pada 4 Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat