Hari Pertama Dagangan 2021, GBP/USD Tembus Tinggi Ke Awan

481

Walaupun pelabur masih skeptikal, namun sentimen perjanjian Brexit kekal dipandang optimis selepas persetujuan rundingan dicapai antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) pada penghujung 2020.

Mata wang Pound Sterling kekal pamerkan corak peningkatan harga sehingga dagangan bersambung pada tahun yang baru.

Pada carta pasangan GBP/USD harga sedikit melepasi paras ketinggian pada penutup minggu lalu untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018. Namun pergerakan harga di awal minggu masih perlahan.

Corak kenaikan harga dilihat akan diteruskan disokong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar pada minggu ini dengan sentimen pemulihan ekonomi yang meningkatkan keyakinan pelabur pasaran.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) juga memberi isyarat trend masih menaik untuk carta GBP/USD.

Jika harga kembali membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) 1.36000 akan diuji semula selepas paras tersebut menjadi rintangan pada dagangan Disember lalu berjaya ditembusi.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS pada 1.35000 setelah pelabur melihatkan trend harga mula berubah.

Namun jika sentimen pasaran kekal tidak berubah, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan ke paras ketinggian baru sekitar 1.38000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat