Hati-Hati! Isyarat Awal Trend Penurunan Pada Carta AUD/USD

526

Sentimen pasaran pada sesi Asia pagi ini dinilai berisiko oleh para pelabur berikutan kejatuhan pada indeks-indeks utama pasaran Wall Street dengan saham sektor teknologi antara yang mengalami kerugian terbesar.

Situasi tersebut mendorong penyusutan dagangan mata wang Asia seperti dolar Australia dan dolar New Zealand sementara US dolar sebagai mata wang safe-haven catatkan sedikit pengukuhan.

Pengukuhan US dolar juga disokong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam.

Namun pelabur masih berwaspada terhadap pergerakan US dolar menjelang data tumpuan minggu ini iaitu data inflasi AS dan data jualan runcit, selepas laporan pekerjaan NFP AS diterbitkan mengecewakan minggu lalu.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga mula menunjukkan corak penurunan pada sesi Asia pagi ini selepas pergerakan mendatar sepanjang hari semalam.

Harga juga dilihat gagal mengekalkan kenaikan harga yang dipamerkan di awal minggu sebelum harga susut mendatar di zon RBS (resistance become support) 0.78300.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula turut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish pada carta AUD/USD.

Mengakhiri sesi pasaran Asia dengan penurunan ke paras sekitar 0.77900, harga kembali perlahan pada pembukaan sesi pasaran Eropah.

Dengan corak yang dipaparkan, harga berkemungkinan akan susut lebih rendah dan trend bearish yang terbentuk akan mendorong penurunan harga menuju zon support pada 0.76500.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi zon harga 0.78300, kenaikan lebih tinggi bakal menguji paras ketinggian yang dicapai pada awal minggu sekitar 0.78900.

Untuk kenaikan selanjutnya, sasaran lebih tinggi harga akan tertumpu pada paras 0.8000 yang menjadi rintangan utama diuji pada dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat