Unjuran OPEC Beri Nafas Baru Buat Harga Minyak

192

Harga minyak kembali memaparkan kenaikan selepas menyaksikan penurunan dalam bekalan minyak mentah AS dan unjuran yang optimis daripada OPEC terhadap permintaan bahan bakar global pada tahun 2021.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada 68.55 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan di sekitar harga $65.30 setong.

Terbaru, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penurunan sebanyak 2.5 juta tong dalam inventori minyak mentah AS pada minggu lalu.

Penurunan itu belaku sebelum Colonial Pipeline AS dilanda serangan siber pada Jumaat lalu sehingga memaksa saluran paip yang mengangkut bahan bakar lebih 2.5 juta tong sehari ditutup.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh tinjauan terbaru dari OPEC yang berpegang pada ramalan untuk pemulihan kuat dalam permintaan minyak dunia pada tahun ini dengan sokongan daripada pertumbuhan di China dan Amerika.

OPEC menjangkakan permintaan akan meningkat sebanyak 5.95 juta tong sehari, tidak berubah dari ramalannya bulan lalu. Namun, ia mengurangkan prospek permintaannya untuk suku kedua sebanyak 300,000 sehari kerana jangkitan Covid-19 yang melambung tinggi di India.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat