Belanjawan Baru Australia Bakal Mantapkan Lagi Ekonomi

158

Kerajaan Australia melancarkan belanjawan ekonomi untuk tahun fiskal depan yang dikhaskan untuk mencipta pekerjaan dan menyokong pemulihan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Pada Selasa, Menteri Kewangan Australia, Josh Frydenberg melancarkan belanjawan sebanyak $589 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 2022 Jun.

Selain itu, perbendaharaan juga menjanjikan $30 bilion dalam pengurangan cukai dan meningkatkan sokongan kewangan untuk industri yang dilanda Covid-19 termasuk pelancongan.

Dengan unjuran kadar pengangguran akan jatuh di bawah 5% seawal tahun depan, kerajaan komited untuk terus membantu mencipta pekerjaan.

Ketika sesi pembentangan, Frydenberg mengatakan ekonomi Australia telah kembali walaupun hutang bersih meningkat menjadi $617.5 bilion dan defisit dijangka bakal mencecah $161 bilion pada tahun kewangan ini yang berakhir pada 30 Jun.

Kerajaan itu telah mengetepikan usaha untuk mendapatkan belanjawan yang seimbang dalam memulihkan ekonomi yang dilanda pandemik Covid-19.

Ia sekarang akan menurunkan defisit setiap tahun untuk ramalan yang berlanjutan sehingga Jun 2025, dengan beban hutang dijangka mencapai hampir $1 trilion dolar dalam tempoh tersebut.

Langkah-langkah sokongan ekonomi dan kesihatan sejak awal wabak bermula kini telah berjumlah $311 bilion, dengan rangsangan ekonomi tambahan $41 bilion yang dilakukan sejak ramalan ekonomi pertengahan tahun 2020-2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat