Hati-Hati! Momentum Penurunan EUR/USD Semakin Perlahan

333

US dolar semakin bergerak perlahan selepas mengukuh ke paras tertinggi minggu menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu ini.

Sentimen pasara dilihat masih berisiko dengan pasaran saham Wall Street ditutup bercampur-campur. Indeks Dow Jones menutup pada rekod ketinggian terbaru, sementara Nasdaq merosot dengan kejatuhan saham-saham teknologi.

Hasil perbendaharaan 10-tahun AS juga susut turut memberi kesan penurunan nilai buat US dolar.

Data tinjauan PMI perkhidmatan AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam juga gagal menyokong momentum pengukuhan US dolar sebelum ini.

Mata wang Euro dilihat gagal untuk manfaatkan situasi untuk mengukuh walaupun US dolar telah mula bergerak perlahan ekoran kewaspadaan pelabur.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD masih menunjukkan trend penurunan sejak penghujung minggu lalu.

Namun momentum penurunan harga semalam semakin perlahan dan harga mendatar di zon support 1.2000.

Penganalisis menjangkakan harga masih akan meneruskan penurunan selagi bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD tersebut.

Sasaran penurunan lebih rendah harga dilihat pada zon support 1.19000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika situasi kenaikan harga berlaku dan harga bergerak melepasi halangan MA50, pelabur akan bersiap sedia untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan awal akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900 yang gagal ditembusi ketika diuji pada awal minggu ini.

Seterusnya, paras resistance 1.21500 yang dicapai pada minggu lalu akan menjadi destinasi tumpuan pada kenaikan yang diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat