Hei Pelabur Muda! Jeling-Jeling Aset Kripto Berpotensi Ini

828

‘Coin ini mungkin sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia aset digital.’

Pelabur-pelabur pasaran mata wang digital mungkin boleh mengambil maklum mengenai token Uniglo (GLO), Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) dalam menerokai dunia kripto.

Perkara ini dikaji pakar dengan mengatakan 3 aset tersebut merupakan antara yang popular dan menjadi pilihan pelabur baru berdasarkan jumlah komunitinya yang besar.

Ikuti rincian ringkas mengenai sebab 3 aset tersebut menjadi pilihan pelabur baru.

Uniglo (GLO)

  • Ia merupakan sebuah mata wang sosial yang disokong oleh aset tangible dan intangible yang melindungi nilai asas token.
  • Difahamkan untuk setiap perdagangan GLO, 2% daripada volum akan dibakar sementara 5% pula ditambah kepada perbendaharaan.
  • Protokol GLO juga berdasarkan mekanisme DAO, di mana pengguna boleh menentukan peruntukan dana, pembakaran dan fungsi projek token.
  • Maka boleh disimpulkan bahawa GLO merupakan jawapan kepada ketidaktentuan pasaran kripto, selain faktor bahawa ia menjadi pilihan pelabur waktu prajualan lalu.

Dogecoin (DOGE)

  • Antara projek yang mempunyai komuniti pelabur dan pemaju yang kukuh dengan nama besar seperti Elon Musk serta Snoop Dogg kekal menyokongnya.
  • DOGE juga mempunyai rangkaian blockchain sendiri yang difahamkan jauh lebih cekap daripada BTC dan ETH.
  • Faktor lain yang mungkin jadi penarik utama DOGE adalah ia diterima sebagai cara pembayaran untuk pembelian dunia sebenar.
  • Atas sebab itu tidak hairan DOGE kekal menjadi pilihan popular dalam peminat aset kripto.

Shiba Inu (SHIB)

  • Umum mengetahui bahawa SHIB mempunyai mekanisme pembakaran yang akan memastikan penerapan ekonomi bekalan dan permintaan yang konsisten.
  • Dengan pasukan SHIB melancarkan platform pembakaran tokennya sendiri  pada bulan April, ia secara tidak langsung menambah nilai terhadapnya.
  • Tidak dilupakan juga faktor bahawa ekosistemnya sedang berusaha menyelami dunia permainan metaverse dan blockchain, boleh dijangkakan nilainya akan bertambah pada masa depan.
  • Ijmalnya, token meme ini dilihat kekal popular untuk terus menjadi salah satu daripada 20 mata wang kripto teratas dalam pasaran.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat