Indeks USD Naik Semula Menghampiri Paras Tertinggi 6 Minggu Lalu

39

Dolar mengukuh berbanding yen pada sesi Asia hari Jumaat walaupun data pendapatan Jepun lebih tinggi daripada jangkaan.

Pasangan matawang USD/JPY naik 0.04% kepada 112.85, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7760, susut 0.46%

Laporan purata pendapatan Jepun yang dikeluarkan pada pagi tadi meningkat diluar jangkaan sebanyak 0.9% berbanding 0.5%. Pasaran di China dan Korea Selatan masih tutup berikutan cuti umum.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil di paras 93.82, naik 0.05% pada jam 11.25 pagi.

Semalam dolar meneruskan pengukuhan dan menghampiri semula paras tertinggi 6 minggu yang lalu, didorong oleh data-data ekonomi yang positif, sekaligus mengukuhkan semula optimis pelabur terhadap kekuatan ekonomi US serta meningkatkan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan pada Disember.

Greenback melonjak selepas jabatan buruh US mengeluarkan laporan tuntutan pengganguran untuk minggu yang lalu jatuh diluar jangkaan kepada 260,000. Selain itu defisit US untuk bulan Ogos semakin mengecil kerana eksport meningkat ke paras 2 tahun setengah yang lalu, dan tempahan kilang juga naik lebih daripada jangkaan penganalisis.

Antara yang menyokong pengukuhan dolar juga adalah ucapan daripada Fed Philadephia, Patrick Harker yang mengatakan beliau masih merancang untuk menaikkan kadar faedah satu kali pada tahun ini, dan tiga kali lagi pada tahun depan.

Mataawang Euro pula melemah selepas minit mesyuarat ECB semalam melaporkan setiap ahli masih bimbang dengan volatiliti Euro dan sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa ekonomi masih memerlukan ransangan yang besar untuk tempoh yang lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat