Ini Antara Faktor Sebabkan GBP/USD Terjun 140 Pips Semalam

634

Pound Sterling antara matawang yang menunjukkan kesan penyusutan nilai yang ketara pada dagangan semalam dengan peningkatan sekatan pergerakan di Eropah untuk membendung penularan wabak Covid-19 di samping tekanan daripada kenyataan bank pusat England.

Bank of England (BOE) telah kembali memberikan tekanan untuk matawang Pound apabila menyatakan bahawa sedang mempertimbangkan pelaksanaan kadar faedah negatif dalam usaha untuk menyokong ekonomi UK yang terjejas.

Selain itu, faktor yang turut melemahkan dagangan Pound adalah perkembangan rundingan Brexit yang kekal suram menghampiri tarikh akhir rundingan pada 15 Oktober.

Lihat pula pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD. Harga telah memberikan isyarat perubahan trend bearish, menamatkan siri kenaikan yang dipamerkan pada minggu lalu.

Penurunan harian dicatatkan sekitar 140 pips selepas harga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.

Penurunan tersebut juga turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar dalam sentimen pasaran yang kembali dinilai berisiko oleh pelabur yang menyebabkan matawang safe-haven kembali meningkat.

Selepas harga turun di bawah paras 1.30000, penurunan lebih rendah dijangka akan memasuki zon RBS (resistance become support) pada 1.29000.

Namun, berwaspada jika US dolar kembali melemah semula setelah persetujuan pada perbincangan pakej rangsangan ekonomi AS dicapai.

Harga boleh kembali membuat kenaikan semula ke paras 1.30000 atau ke paras ketinggian yang dicapai pada awal minggu sekitar resistance 1.30700.

Seterusnya, zon resistance di bawah paras 1.32000 akan menantikan kenaikan harga yang selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat