Ini Berlaku Pada Carta AUD/USD Selepas Keluar Data CPI Australia!

115

Data inflasi Australia menjadi tumpuan pelabur di sesi Asia pagi ini (Rabu) yang telah memberi kesan terhadap pergerakan mata wang dolar Australia.

Bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) Australia untuk bulan April catat angka yang meningkat ke paras 6.8% daripada ramalan 6.4%.

Ini dilihat menjadi situasi sukar untuk Reserve Bank of Australia (RBA) dalam penetapan dasar monetari yang telah mula memperlahankan langkah pengetatan sebelum ini.

Dalam ketidaktentuan tersebut, turut diberikan tumpuan adalah data ekonomi China yang diterbitkan pada waktu yang sama.

Ekoran bacaan data yang merosot untuk ekonomi kedua terbesar dunia itu, dolar Australia turut diheret jatuh berikutan sentimen yang dilihat berisiko memberi kesan negatif kepada mata wang itu.

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD, di awal minggu dilihat mendatar di zon rintangan 0.65500.

Pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut membuatkan pelabur bersedia untuk pergerakan bearish.

Sesi Asia pagi ini menyaksikan reaksi turun naik harga selepas data ekonomi China dan CPI Australia diterbitkan dengan rintangan 0.65500 turut diuji.

Namun setelah gagal dilepasi, harga menunjukkan penurunan dengan tempo yang agak perlahan dan cuba untuk mengatasi paras terendah minggu lalu di bawah 0.65000.

Jika harga terus menyusur ke paras lebih rendah lagi, penurunan dilihat akan menuju sehingga ke zon sekitar 0.64000-0.63700.

Namun jika lonjakan berlaku semula, rintangan 0.65500 akan diuji untuk cuba ditembusi sebelum memberi petunjuk awal untuk perubahan trend.

Kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 0.66500 dan seterusnya mencapai pula paras 0.67000 yang akan menjadi rintangan terbaru buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat