Ini Perkembangan USD Wajib Diketahui Trader Menjelang Mesyuarat FOMC!

1,056

Seperti dijangka, pergerakan pasaran di sesi New York semalam kembali rancak selepas pelabur melayani kesuraman mata wang utama pada pembukaan dagangan awal minggu.

Reaksi adalah terhadap data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan inflasi tahunan terbaru untuk November adalah menepati ramalan menurun kepada 3.1% daripada 3.2% sebelumnya.

Namun inflasi bulanan meningkat kepada 0.1% daripada 0.0% dan inflasi teras turut meningkat kepada 0.3% daripada 0.2%.

US dolar melemah sebaik sahaja data diterbitkan, namun kembali paparkan pembalikan semula dengan pengukuhan yang lebih ketara di sesi tersebut.

Tumpuan kini akan beralih pula kepada Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis nanti yang bakal menamatkan mesyuarat polisi yang terakhir bagi tahun 2023 dengan jangkaan tiada perubahan pada kadar faedah semasa.

Petunjuk yang lebih dimahukan pelabur adalah berkenaan waktu pemotongan kadar faedah oleh Fed akan dilakukan pada tahun hadapan.

Untuk hari ini (Rabu), pelabur akan memberi tumpuan kepada data pertumbuhan ekonomi UK di sesi Eropah sebelum data inflasi pengeluar (PPI) AS akan diperhatikan pula di sesi berikutnya.

Sambil memerhatikan pergerakan US dolar, pelabur juga memantau indeks dolar (DXY) yang dilihat berlegar di bawah paras 104.00 mata sementara hasil perbendaharaan 10-tahun AS dilihat cuba untuk meningkat di atas 4.20%.

Mata wang utama yang lain seperti Pound, Euro dan Swiss franc dilihat berisiko pada minggu ini ketika kesemuanya sedang menantikan keputusan mesyuarat bank pusat masing-masing pada Khamis.

Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) dan juga European Central Bank (ECB) dijangka akan mengikut jejak langkah Fed untuk mengekalkan kadar faedah di paras seperti sebelumnya.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah kembali menjunam semalam setelah memaparkan pemulihan sederhana untuk beberapa hari dagangan sebelum ini.

Sementara, emas pula dilihat melonjak ketika reaksi data CPI diterbitkan semalam, namun kembali berundur semula ke zon $1,980.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat