Ini Ramalan The World Economic Forum Untuk Kripto 2023!

1,034

“Setiap pelabur harapkan kripto pulih tahun ini, tapi tu la takut belum menjadi lagi.”

Pegawai Konsortium Tadbir Urus Mata Wang Digital Forum Ekonomi Dunia (WEF), Dante Disparte menyamakan situasi pasaran kripto pada masa ini dengan krisis syarikat berasaskan internet, Dotcom Bubble yang pernah tercetus pada lewat 1990an.

Terdahulu semasa berlakunya krisis Dotcom Bubble pada tahun 1995, beberapa syarikat sahaja yang mampu mengekalkan perniagaannya daripada musnah mahupun bankrap.

Rentetan itu, WEF memberi amaran bahawa masa depan mata wang kripto akan didorong melalui rangka kerja kawal selia yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan, walaupun sehingga kini peraturan mengenai aset digital masih tidak memuaskan. 

Namun perlu diingatkan, sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab akan sedaya upaya mengambil peluangnya mengeksploitasi pasaran kripto yang kian berkembang untuk mengaut keuntungan yang lumayan.

Oleh demikian, teknologi berkaitan kripto haruslah dipantau oleh pihak yang boleh dipercayai agar setiap pelabur dapat meningkatkan lagi kepercayaannya terhadap aset digital.

WEF juga dilaporkan telah mendorong setiap syarikat untuk menitikberatkan teknologi asas kriptografi serta blockchain selepas  melihat syarikat gergasi perbankan JPMorgan sebagai salah satu institusi yang telah menerima penggunaan teknologi blockchain secara pantas.

Sungguhpun teknologi tersebut berpotensi untuk terdedah dengan penipuan, WEF berpangkalan di Geneva sungguh yakin bahawa penggunaan kripto serta blockchain merupakan antara komponen terpenting pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat