Ini Sebab GBP/USD Berdepan Risiko Untuk Jatuh Semula

1,484

Sesi Asia pada Rabu semalam menyaksikan lonjakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD ke paras tertinggi hampir 3 tahun mencecah paras 1.4200.

Beberapa minggu kebelakangan ini pelabur disajikan dengan kenaikan berterusan harga berikutan keyakinan terhadap mata wang Pound Sterling.

Sebenarnya siri kenaikan harga tersebut telah bertahan sejak dagangan September tahun lalu lagi.

Selepas perkembangan baik agihan vaksin di UK, perkembangan terbaru terus membuatkan pelabur optimis apabila Perdana Menteri UK Boris Johnson yang mengemukakan rancangan untuk melonggarkan sekatan yang akan dijalankan secara 4 peringkat sehingga fasa terakhir dijangkakan kesemua sektor ekonomi akan dibuka sepenuhnya.

Oleh itu harga pada carta GBP/USD terus mengekalkan momentum kenaikan sehingga minggu ini selain terus memburu paras ketinggian terbaru.

Kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan menuju pula ke paras ketinggian sekitar 1.43000 selain faktor penyusutan US dolar yang akan terus menyokong kenaikan harga.

Namun, jika diperhatikan selepas harga mencapai paras 1.42000 pada sesi Asia semalam, harga kembali susut semula ke paras 1.41000 di zon RBS (resistance become support).

Zon tersebut dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Pelabur perlu waspada dengan jangkaan penurunan harga apabila Timbalan Gabenor bank pusat England (BOE) memberi amaran bahawa nilai Pound yang terlalu tinggi boleh memberi kesan buruk terhadap kadar inflasi di UK.

Jadi, faktor ini berkemungkinan boleh menjadi pencetus untuk permulaan kejatuhan nilai Pound Sterling semula dalam pasaran.

Harga yang susut di bawah paras 1.41000 akan menuju ke paras sokongan lebih rendah pada 1.4000.

Penurunan lebih rendah dilihat akan kembali semula ke zon RBS 1.38300 yang berjaya menyokong kenaikan semula harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat