Sistem Pembayaran Federal Reserve Lumpuh, Undang Kritikan Komuniti Kripto

1,085

Pada hari ini Federal Reserve Amerika Syarikat (AS) melaporkan perkhidmatan dalaman mereka telah shut down secara tiba-tiba, mengundang penyokong kripto terutama Bitcoin (BTC) bersorak di media sosial, memberitahu mereka tidak pernah berhadapan dengan situasi berulang seperti yang dialami Fed.

Dalam pengumuman yang dimuatnaik di laman web The Federal Reserve, beberapa perkhidmatan bank pusat telah down termasuk Fedwire dan FedACH (Automated Clearing House), yang membenarkan dana berpindah antara bank dan pelanggan.

Gangguan ini bermakna bank-bank di AS tidak boleh untuk menghantar dan menerima transaksi dengan anggaran sekitar berbilion dolar tertangguh.

Pada masa inilah komuniti Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash dan beberapa blockchain yang lain memuji kebolehan teknologi sektor kripto. Mereka juga mendakwa rangkaian Bitcoin jauh lebih selamat berbanding Fed.

Salah satunya tweet dari pengasas Castle Island Venture, Nic Carter mencuri perhatian apabila memetik nama setiausaha perbendaharaan, Janet Yellen dan mengaitkan dengan dakwaan individu itu berkenaan Bitcoin yang tidak menjaminkan baru-baru ini:

Pada masa yang sama, sektor kripto sedikit struggle apabila pertukaran seperti Binance turut mengalami masalah dimana transaksi fiat dari pertukaran kepada akaun bank gagal, seperti yang dimaklumkan oleh Binance US menerusi Twitter.

Nasib baik memihak kepada pertukaran tidak berpusat (DEX) seperti Uniswap kerana tidak mengalami sebarang gangguan seperti yang dilaporkan memandangkan tidak melibatkan transaksi fiat, cuma swap token yang beroperasi di Ethereum.

Ketika penulisan, perkhidmatan yang tergendala sudah kembali beroperasi seperti sedia kala.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat