Ini Sebab Pelabur Berhati-hati Menuju Hujung Minggu!

191

Menghiasi pasaran sesi Asia adalah pergerakan ‘berhati-hati’ dalam dagangan US dolar ketika pelabur menantikan penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan simposium Jackson Hole.

Dolar greenback didagangkan sedikit susut, memberi peluang kepada kebanyakan mata wang utama untuk mencatatkan keuntungan sederhana walaupun masih terperangkap di sekitar paras terendah.

Laporan terbaharu menunjukkan pesanan barangan tahan lama AS pada Julai dicatatkan hampir tidak berubah, meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.6%.

Ini sedikit sebanyak mempengaruhi dagangan US dolar, di mana data tersebut merupakan petunjuk utama pengeluaran di AS.

Sementara itu, hasil bon AS 10 tahun pula meningkat lebih tinggi, menyaksikannya berada pada tahap 3.1%, manakala hasil 2 tahun memuncak pada 3.4% ketika sesi dagangan Asia.

Pasaran kini bersiap sedia untuk simposium Jackson Hole yang akan bermula pada hari Jumaat. Dalam pada itu, tumpuan akan diberikan terlebih dahulu kepada pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku keduapada sesi New York.

Melihat perkembangan mata wang lain, euro sedikit meningkat dengan pergerakan harga cuba kembali pada paras harga 1.000 berbanding US dolar.

Penerbitan minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) akan menjadi tumpuan pelabur untuk dijadikan petunjuk kepada penetapan dasar seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat