Ini Terjadi Pada Carta NZD/USD Selepas Mesyuarat RBNZ

190

Walaupun Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat polisi Ogos, namun masih gagal untuk menyokong pengukuhan kepada mata wang dolar New Zealand.

Menjadi tumpuan pada keputusan mesyuarat di sesi Asia pagi ini, RBNZ mengekalkan kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ke empat berturut-turut sebanyak 50 mata asas membuatkan kadar faedah semasa berada pada paras 3.00%, tertinggi 7 tahun.

Kenaikan tersebut dijangkakan bakal membuatkan penurunan terhadap kadar inflasi dalam tempoh terdekat disebabkan oleh kejatuhan harga bahan api dan penstabilan kos penghantaran dan RBNZ juga memaklumkan bahawa paras inflasi hanya bakal kembali kepada sasaran bank pusat menjelang pertengahan 2024.

Selain daripada itu, permintaan dalam ekonomi telah berjaya bertahan sepanjang separuh tahun pertama 2022, dengan kekangan oleh bekalan global yang terjejas, kekurangan tenaga buruh dan tahap penyakit yang tinggi akibat COVID-19 dan penyakit lain.

Kenyataan susulan Gabenor Adrian Orr, RBNZ tidak menjangkakan sebarang kemelesetan tetapi melihat pertumbuhan ekonomi berada di bawah jangkaan.

Manakala bagi mata wang US dolar pula dilihat bergerak sedikit perlahan berbanding pengukuhan yang dipamerkan pada awal minggu dengan kemungkinan pelabur mengambil langkah berwaspada menjelang terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) serta minit mesyuarat FOMC yang akan menjadi tumpuan.

Mengukur pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD, harga pada pembukaan sesi dagangan awal minggu telah tergelincir sekitar 100 pips sehingga mencecah ke zon 0.63500 selepas mengakhiri corak bullish harga minggu lalu.

Penurunan diteruskan pada dagangan Selasa semalam melepasi zon 0.63500 dengan paras terendah terbaru dicecah sekitar 0.63150 sebelum harga sedikit meningkat menuju ke penghujung sesi New York untuk menutup dagangan di bawah zon 0.63500.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini, harga yang berlegar di bawah zon 0.63500 kemudiannya telah melonjak sekitar 50 pips susulan keputusan mesyuarat polisi RBNZ untuk reaksi awal kenaikan kadar diteruskan oleh bank pusat itu.

Namun, kenaikan tidak bertahan lama apabila harga mula menunjukkan penyusutan semula selepas mencapai paras 0.63800 dan menguji paras terendah harian pada Selasa semalam dengan jangkaan untuk menyambung penurunan pada sesi berikutnya.

Kenaikan awal harga juga dilihat gagal untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD sebelum berundur semula, memberi isyarat untuk harga menyambung pergerakan trend bearish.

Sekiranya harga meneruskan kejatuhan ke paras yang lebih rendah, harga dijangkakan bakal menyusut sehingga ke paras 0.62000 selepas melepasi beberapa zon tumpuan seperti pada 0.62400 dan mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Untuk sasaran lebih rendah jika trend penurunan harga kekal berterusan, pelabur berkemungkinan akan memberi tumpuan pada zon harga 0.61000.

Namun, waspada sekiranya harga kembali membuat lonjakan semula dan melepasi zon 0.63500 dan halangan MA50 sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish semula.

Harga bakal meningkat untuk menguji zon-zon rintangan yang menjadi tumpuan pada minggu lalu seperti pada 0.62400 sebelum menuju pula ke sekitar 0.64600.

Melepasi zon-zon berikut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu dengan jangkaan tumpuan seterusnya adalah pada ketinggian paras 0.65500 pula yang diuji pada dagangan Jun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat