Dikutuk ‘Sampah’ Oleh Elon Musk, Tindakan Balas Apps Ini Mengejutkan

583

Maklum balas negatif daripada seorang individu yang berprofil tinggi bukanlah sesuatu perkara yang disenangi untuk didengar. Semuanya bermula pada Februari 2021 lalu apabila Elon Musk berkongsi ciapan di akaun Twitter beliau tentang sokongannya terhadap Dogecoin (DOGE).

Oleh itu, Freewallet telah membuat tweet “Who let the DOGE out” serta “DOGE doesn’t stop” bertujuan untuk menyokong tweet Elon Musk serta pemegang DOGE. Namun begitu, Musk secara tiba-tiba telah mengkritik aplikasinya dengan membalas “Your app sucks” pada tweet Freewallet.

Walaupun bagaimanapun, kritikan tersebut telah memberikan peluang yang besar kepada Freewallet untuk menjadi lebih baik. Hal ini kerana, Freewallet telah menunjukkan contoh yang betul dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Pasukan sokongan Freewallet telah memberi respon mengatakan mereka sedia untuk membantu jika Musk mempunyai sebarang kesulitan. Rentetan itu, Musk memberitahu pasukan sokongan tersebut untuk buka kunci akaun Freewalletnya.

Sehubungan itu, kepantasan Freewallet dalam menyelesaikan masalah telah membuatkan Musk mengucapkan terima kasih dan ini menujukkan betapa Musk menghargai pertolongan tersebut.

Hal ini menunjukkan dengan tepat betapa pentingnya perkhidmatan pelanggan apabila berlakunya perkara yang tidak dijangkakan, dan Freewallet membuktikan betapa proaktifnya dalam menangani masalah tersebut walaupun disaksikan berjuta-juta pengguna di Twitter.

Selepas 18 bulan sejak Elongate, prestasi perniagaan Freewallet sudah semakin kukuh dengan menyediakan perkhidmatan wallet berbilang mata wang yang menawarkan sokongan untuk sejumlah besar aset digital termasuklah pertukaran fiat kepada mata wang kripto.

Selain itu, ciri baharu ditambah sepanjang masa termasuklah cross-section altcoin yang lebih besar. Freewallet juga mengatakan bahawa pasukan pembangunnya sedang mengusahakan lelaran baharu aplikasi yang membolehkan teknologi terkini menjadi tumpuan utama.

Difahamkan bahawa, Freewallet telah melancarkan promosi dan hadiah, mengadakan perkongsian dengan pengendali pembayaran popular serta bersaing dengan pesaing supaya sentiasa satu langkah di hadapan.

Dengan ini, tidak hairanlah kalau platform Freewallet terus mendapat kepercayan oleh enam juta pengguna di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat