Ini Unjuran Pendapatan Bursa Malaysia

285

AmBank Research menaikkan unjuran pendapatan untuk tahun kewangan 2021, 2022 dan 2023 Bursa Malaysia Bhd, masing-masing sebanyak 15%, 15.8% dan 5.8% kepada RM367 juta, RM325 juta serta RM287 juta.

Bernama melaporkan, unjuran itu dikeluarkan selepas mengambil kira nilai dagangan purata harian (DATV) yang tinggi iaitu RM4 bilion, RM3.5 bilion serta RM3.0 bilion daripada RM3.2 bilion, RM2.8 bilion dan RM2.6 bilion untuk pasaran sekuriti sebelumnya.

Dalam satu nota catatannya hari ini, firma itu memaklumkan Bursa Malaysia dijadualkan mengeluarkan keputusan suku pertama 2021 pada 17 April kelak.

Firma penyelidikan tersebut menjangkakan pertumbuhan pendapatan 10.6% suku ke suku dan 79.2% tahun ke tahun sebanyak RM116 juta berdasarkan kepada DATV yang lebih tinggi serta kontrak harian purata yang diniagakan untuk derivatif.

Untuk tempoh Januari hingga 11 Mac tahun ini, DATV untuk ekuiti terus kukuh pada RM5.0 bilion berbanding RM4.8 bilion dan RM2.5 bilion, masing-masing pada suku keempat 2020 dan suku pertama 2020.

Sementara bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, peratusan DATV yang disumbangkan oleh institusi asing kekal stabil pada 16%.

Dalam pada itu, menurut firma tersebut, urus niaga daripada pelabur asing menguasai 36% daripada DATV, yang masih lagi tinggi berbanding 38% pada tahun kewangan 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat