Jangkaan Meleset, GBP/USD Kembali Terperosok

314

Jangkaan untuk kenaikan harga lebih tinggi pada carta pasangan mata wang GBP/USD dibantutkan oleh pengukuhan semula US dolar pada sesi New York semalam yang kembali menekan harga turun semula.

Data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan bacaan meningkat kepada 61.2 mata mengatasi jangkaan kenaikan 60.8 yang diterbitkan pada sesi New York sementara bacaan akhir data PMI pembuatan di UK pula sedikit susut.

Selepas pelabur menyaksikan harga membuat kenaikan melepasi zon rintangan 1.42000 di awal minggu, harga telah mencapai paras ketinggian terbaru pada hampir 1.42500.

Namun, harga telah susut semula jatuh di bawah paras 1.42000 kembali sehingga mencecah paras terendah pada penghujung sesi New York sekitar 1.41500.

Situasi ini membuatkan pelabur kembali berjaga-jaga dengan isyarat perubahan trend bearish harga tersebut selepas harga juga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Namun masih awal untuk mengandaikan kejatuhan harga disebabkan perkembangan di UK masih positif.

UK melaporkan sifar kes kematian akibat jangkitan Coronavirus dalam tempoh 24 jam buat pertama kalinya sejak Pandemik bermula. Malah, Perdana Menteri UK juga menyatakan bahawa langkah pembukaan semula ekonomi tidak akan ditangguhkan.

Sekiranya mata wang Pound kembali bergerak lebih kukuh semula, pelabur mengharapkan untuk melihat harga kembali tembusi semula zon rintangan 1.42000 setelah beberapa minggu berperah keringat di paras tumpuan tersebut.

Sasaran kenaikan seterusnya kekal dilihat pada paras 1.43000 bagi rekod tertinggi harga sejak April 2018.

Jika penurunan harga berterusan, paras sokongan 1.41000 pada zon RBS (resistance become support) akan diuji dan pelabur akan menilai sama ada paras tersebut masih mampu untuk menyokong kenaikan harga semula seperti minggu-minggu sebelum ini.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon RBS tumpuan seterusnya pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat