Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Mencecah 0.25% Dorong Penyusutan Aussie!

170

Dagangan dolar Australia merosot berbanding beberapa matawang utama susulan jangkaan dovish oleh Westpac terhadap Reserve Bank of Australia (RBA) yang dilihat akan mengurangkan kadar faedahnya sebanyak 2 kali sehingga mencecah paras 0.25% menjelang Jun 2020 dan memperkenalkan ‘quantitative easing’ (QE).

Jangkaan itu dibuat susulan ucapan oleh Gabenor RBA, Philip Lowe, di mana beliau menyatakan tidak berharap untuk menggunakan kaedah QE dalam dasar monetarinya, tetapi akan mempertimbangkannya jika kadar faedah mencecah 0.25%.

Susulan daripada kenyataan tersebut, Westpac mendakwa RBA telah menunjukkan isyarat yang jelas bahawa ia bersedia untuk menurunkan kadar faedah sehingga mencecah 0.25%.

Seterusnya, dolar USD terus meraih keuntungan berbanding safe-haven yen dan matawang utama lain dengan pergerakan yang agak terhad, sementara pasaran menantikan perkembangan terbaru mengenai rundingan AS dan China.

Setakat ini, tiada berita terbaru mengenai perdagangan AS-China selain daripada kenyataan terbaru Presiden AS Donald Trump yang menyatakan bahawa pihaknya kini berada pada peringkat terakhir dalam menyelesaikan perjanjian fasa pertama.

Matawang euro terus diniagakan merosot berikutan pengukuhan dolar USD dan ketiadaan pemangkin utama dalam pasaran yang boleh menyokong dagangan euro.

Sementara itu di Eropah, matawang pound terus mempamerkan penurunan berbanding beberapa matawang utama pada dagangan sesi Eropah apabila keyakinan terhadap kemenangan parti pimpinan PM UK Boris Johnson dalam pilihan raya semakin memudar.

Tinjauan terbaru yang dikeluarkan oleh YouGov menunjukkan sokongan terhadap Parti Konservatif meningkat kepada 43% yang masih mendahului undian dan diikuti rapat oleh Parti Buruh dengan perbezaan hanya 11 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat