Jika Sentimen Brexit Kekal Positif, GBP/USD Bakal Melonjak Lagi

538

Carta pasangan mata wang GBP/USD telah menutup dagangan pada minggu lalu dengan peningkatan harga zon resistance 1.36000 seperti minggu sebelumnya.

Lonjakan Pound Sterling pada penghujung minggu didorong oleh sentimen positif rundingan Brexit yang mencapai persetujuan untuk diraikan pada perayaan Krismas.

Isu perikanan yang menjadi kontroversi pada rundingan sebelum ini telah mencapai kesepakatan di antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Menutup dagangan lebih rendah di bawah paras 1.36000 minggu lalu, dagangan di awal minggu ini masih berlegar di atar paras 1.35000 yang akan menjadi zon sokongan harga.

Walaupun dilihat harga cuba untuk membuat penurunan di awal sesi Asia, namun faktor penyusutan US dolar berikutan berita berkenaan Donald Trump telah menandatangani pakej bantuan ekonomi telah memberi kesan kelemahan mata wang safe-haven.

Ini akan memberi ruang untuk mata wang utama lain termasuk Pound untuk mengukuh pada minggu ini. Perkembangan Brexit akan terus dipantau.

Harga pada carta GBP/USD berkemungkinan akan meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance 1.36000-1.36200.

Namun sebaliknya jika harga kembali membuat terjunan semula, zon RBS (resistance become support) 1.35000 bakal cuba untuk ditembusi.

Melepasi zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju pula ke zon sokongan sekitar 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat