Jumlah Dagangan CMS Lonjak Paras Tertinggi!

472

Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) menyaksikan jumlah dagangannya meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan di tengah-tengah penjualan yang mendorong penurunan harga kaunternya selepas syarikat tersebut menggantung ketua pegawai kewangannya (CF0) susulan dakwaan pecah amanah.

Pada pukul 11.06 pagi, saham syarikat berkenaan susut sebanyak 18.23% kepada RM1.66, menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM1.78 bilion.

Jumlah dagangannya juga meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan iaitu 38.61 juta saham, melebihi purata nilai 200 hari iaitu 3.86 juta.

Pada 24 Februari lalu, saham itu menyusut 32.2% daripada RM2.45.

Semalam, syarikat terbabit mengumumkan penggantungan CFO, Syed Hizam Alsagoff selama 30 hari dengan serta-merta.

Pada 22 April lalu, timbalan pengerusi CMS, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib berkata, beliau menyatakan akan berehat daripada semua jawatannya dalam syarikat itu selepas syarikat terbabit melancarkan siasatan terhadap dakwaan berlaku konflik kepentingan membabitkan beliau dan bekas ketua pegawai maklumat CMS, Karl Vink @ Khalid Abdullah.

CMS telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan itu diterima menerusi saluran pemberi maklumat syarikat tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat