Justin Sun Tiba Mengeluarkan 577 Bilion SHIB Di Tengah Lonjakan Harga! Apa Yang Berlaku?

1,092

Pasaran kripto dikejutkan pada hari ini apabila wallet Justin Sun didapati mengeluarkan sejumlah token SHIB yang besar dari Binance. Pengeluaran dari Binance terjadi dalam dua transaksi, dengan total sebanyak 577 billion SHIB dari bursa pertukaran kripto tersebut.

Menariknya, transaksi pengluaran ini dilihat telah menimbul spekulasi dalam komuniti kripto kerana ia dilakukan di tengah tengah lonjakan harga  oleh token SHIB. Selain itu, pengeluaran ini juga dilakukan setelah kelompok whale Shiba Inu memborong token tersebut.

Berdasarkan data oleh PeckshieldAlert, platform yang menawarkan data blockchain secara real-time, mendapati wallet Justin Sun membuat dua kali pengeluaran pada hari ini, 19 Desember. Selain itu, berdasarkan data tersebut, transaksi pertama yang memicu spekulasi pengeluaran 500 bilion SHIB, bernilai $5,2 juta, dari Binance. Transaksi kedua pula menunjukkan pengeluaran 77 bilion SHIB, bernilai $810 ribu, dari bursa pertukaran kripto yang sama.

Harus diketahui dari Binance dilakukan ketika Shiba Inu menunjukkan sentimen bullish. Pada hari ini, harga SHIB telah melonjak hampir 7% seiring dengan pertambahan pembelian dalam kalangan whale SHIB.

Semasa penulisan, Shiba Inu mencatat kenaikan sebanyak 6,36% dalam 24 jam terakhir, yang didagangkan pada paras harga $0,00001042. Selain itu, token ini telah melonjak 8,85% pada seminggu terakhir ini, diikuti oleh kenaikan bulanan sebesar 22,87%.

Dengan harga SHIB terus meningkat, para trader dan perlabur kripto dilihat terus memberi tumpuan pada token ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat