Ke Mana Hala Tuju USD Pada Awal Dagangan 2022?

597

Permulaan awal tahun 2022 menyaksikan dolar Amerika kembali bangkit dari paras terendah lima minggu yang dicatatkannya pada akhir dagangan 2021.

Walaupun begitu, mata wang gergasi itu mencatatkan prestasi terbaiknya sejak 2015 sebelum ditutup rendah pada minggu lalu, dengan kenaikan hampir 7%.

Ini disokong oleh jangkaan hawkish bahawa Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat akan meningkatkan kadar faedah lebih awal berbanding ekonomi utama lain kerana inflasi yang semakin tinggi.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar didagangkan menokok di sekitar harga 95.80 pada sesi Asia.

Berikutan faktor volatiliti harga dan masih banyak bank ditutup sempena cuti tahun baru, pasaran mata wang kekal didagangkan tidak menentu.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi yang pada mula meraih keuntungan susulan kelemahan dolar greenback, kembali didagangkan sedikit susut pada sesi Asia.

Kemerosotan ini mungkin dipengaruhi oleh berita yang diumumkan oleh Evergrande bahawa sahamnya akan digantung daripada dagangan di bursa saham Hong Kong pada hari Isnin tanpa memberi sebab.

Mata wang yang mempamerkan reaksi terbaiknya berbanding US dolar pada 2021 adalah dolar Kanada, dibantu oleh jangkaan bahawa Bank Pusat Kanada (BOC) akan mula mengetatkan dasar monetarinya pada bulan Januari 2022.

Pada sesi Asia, dolar loonie diniagakan menguat di paras ketinggian empat minggu, sementara dagangan yen masih melemah di paras terendah dua bulan berbanding greenback.

Mata wang pound dan euro masing-masing cuba mempertahankan keuntungan yang diraih pada akhir dagangan minggu lalu, dengan didagangkan pada sekitar harga 1.3500 dan 1.13500 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat