Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan New York, Matawang Euro Menyusut!

453

Matawang Euro menyusut ke paras terendah 2 bulan lalu pada hari ini walaupun ditengah jangkaan pasaran bahawa ECB akan mengurangkan kadar faedah pada keesokan hari. Pasaran kini dihimpit dengan kekhuatiran terhadap pengunduran UK dari Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Matawang Euro jatuh 0.17% pada 1.1131 pada pasaran London iaitu paras terendah sejak Mei 31. Setakat ini, matawang Euro mula mengukuh kembali kepada paras 1.1149.

ECB dijangka akan menurunkan kadar faedah dalam mesyuarat keesokan hari. Namun menurut penganalisis, Yukio Ishizuki ,yang menjadi titik utama bukanlah adakah ECB akan mengurangkan kadar faedah ataupun tidak namun ialah bahasa apakah yang akan diutarakan oleh Draghi mengenai hala tuju polisi.

Matawang Euro ditekan oleh penyusutan matawang sterling selepas Boris Johson memenangi pemilihan calon dan bakal menjadi Perdana Menteri UK.

Matawang Sterling masih mencatat penyusutan 4 hari berturut-turut dan kini setakat jam 10.10 p.m, sterling mula mengukuh kepada paras 1.2497, naik 0.49%.

Matawang US dolar menyusut sebanyak 0.18% berbanding yen berikutan kekhuatiran para pelabur terhadap perkembangan rundingan AS-China.

Matawang AUD menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.24% pada paras 0.6987 setakat jam 10.12 p.m. Menurut analisis dari Westpac, RBA dijangka akan menurunkan kadar berikutan kadar pengangguran semakin jauh dari sasaran RBA.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh ke paras 97.320.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat