Kedudukan Terkini Matawang, Harga Minyak Dan Emas Naik Dalam Pasaran Eropah

81

 

Forex

Matawang Australia dan New Zealand dolar hampir tidak berubah berbanding U.S dolar pada hari Selasa.

AUD menyusut sebanyak 0.13% kepada 0.7540 berbanding U.S dolar setakat jam 04.50 petang. Matawang NZD juga menyusut sebanyak 0.19% kepada 0.6795 setakat jam 04.50 petang. Bacaan ini mencapai bacaan tertinggi 17 bulan lalu pada 0.6780.

Penyusutan matawang Aussie adalah disebabkan :

  • Kenyatan minit mesyuarat oleh bank pusat Australian (RBA) yang menyatakan ekonomi Australia secara kesuluruhan berada pada landasan yang betul dan dijangka tidak ada peningkatan kadar faedah dalam masa terdekat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sedikit sebanyak 0.09% kepada 93.92 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa.

Matawang Euro mengukuh sedikit sebanyak 0.13% kepada 1.1748. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.08% kepada 1.3246 setakat jam 04.50 petang.

Pengukuhan Euro didiorong oleh beberapa faktor :

  • Penyusutan U.S dolar akibat pelabur melihat pelan reformasi cukai itu tidak menunjukkan kemajuan. Pelabur mengambil sikap berhati-hati.
  • Pelabur mengambil sikap berhati-hati terhadap ketidakpastian politik di Jerman.

Pengukuhan matawang pound adalah disebabkan:

  • Kemajuan rundingan antara kerajaan Uk dan kesatuan Eropah bekenaan perjanjian kewangan selepas Brexit.

Minyak

Harga minyak meneruskan kenaikan dalam pasaran Eropah pada hari ini.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.19% kepada $56.53 setakat jam 04.50 petang. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.39% kepada $62.46 setong setakat jam 04.50 petang.. Harga kini tersasar daripada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

  • Peningkatan harga minyak didorong tumpuan pelabur terhadap data mingguan inventori minyak mentah U.S dan pengeluaran minyak penyulingan.

Semalam, 20 November, harga minyak menunjukkan kejatuhan disebabkan;

  • Pedagang mengurangkan pelaburan dalam pasaran hadapan kerana kekuatiran terhadap pasaran.
  • OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu masih menjadi tanda tanya.

Masalah utama yang dihadapi OPEC ketika ini ialah peningkatan aktiviti penggalian minyak oleh U.S. Aktiviti penggalian minyak U.S telah meningkat daripada 316 rig pada pertengahan tahun 2016 kepada 738 rig pada minggu lepas.

Emas

Harga emas melonjak naik daripada kejatuhan dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.43% kepada $1,280.83 per auns setakat jam 04.50 petang.

  • Pelabur memberi tumpuan pada permintaan emas selepas Presiden U.S Donald Trump menyenaraikan Korea Utara salah sebuah negara yang mendukung teroris.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat