Kehadiran Messi Bawa Tuah Kepada Pemegang Kripto PSG!

926

Baru-baru ini Lionel Messi telah menandatangani perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG )pada minggu ini dengan tawaran gaji tahunan $41 juta, bonus dan yuran pendahuluan $30 juta yang dilaporkan.

Pada hari Selasa lepas, Messi telah memaklumkan bahawa beliau meninggalkan kelab Sepanyol Barcelona dan menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG.

PSG dalam laporan pada hari ini juga memaklumkan bahawa pendapatan Messi itu juga diterima dalam bentuk token kripto.

Maklum PSG, inisiatif ini adalah bagi memposisikan PSG sekali lagi sebagai salah satu jenama paling inovatif dan terkehadapan dalam dunia sukan. Dalam masa yang sama kripto PSG Fan Token akan jadi pengikat dengan jutaan penyokong PSG di seuluh dunia.

Implementasi penggunaan kripto $PSG Fan Tokens ini hadir sebagai implementasi yang baik tentang bagaimana sebuah kelab boleh melakukan cara yang inovatif untuk memajukan bisnes dan mempelbagaikan pembayaran.

Pada tahun 2018, PSG membuat langkah awal terjun ke dunia blockchain dan menjadi antara terawal kelab sukan yang menerbitkan kripto sendiri.

Sejak pengumuman kehadiran Messi, harga kripto PSG melonjak lebih dua kali ganda iaitu pada paras $50 seunit dan kini melakukan pembetulan dengan didagangkan pada paras harga $41.13.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat