Kerajaan Singapura Tidak Berhasrat Mengharamkan Perdagangan Matawang Crypto

827

Kerajaan Singapura telah menyatakan bahawa setakat ini kerajaan belum ada kepentingan untuk mengharamkan perdagangan matawang crypto.

Tharman Shanmugaratnam, timbalan perdana menteri dan pengurus Monetary Authority of Singapore (MAS) telah menyatakan dalam bentuk tulisan bahawa matawang crypto dan aktiviti perdagangan tidak mendatangkan ancaman pada sistem kewangan Singapura. Menurut beliau, MAS telah melakukan penelitian dan pengkajian terhadap perkembangan matawang crypto dan potensi risiko yang bakal ditimbulkan.

Sebagaimana yang ditulis oleh Timbalan PM bagi menjawab komentar ahli parlimen mengenai pelarangan matawang crypto di Singapura iaitu “pada ketika ini sifat dan skala perdagangan matawang crypto di Singapura tidak mendatangkan risiko kepada keselamatan dan integriti sistem kewangan kita. Matawang crypto digunakan sebagai sistem pembayaran dan perdagangannya tidak begitu tinggi- ia lebih kecil dibandingkan negara seperti U.S, Jepun dan Korea Selatan.”

Komentar timbalan PM adalah sejajar degnan laporan Oktober 2017, apabila pengarah pengurusan MAS, Ravi Menon menyatakan bahawa bank pusat tidak akan menyekat matawang crypto.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat