Kes Coronavirus Di Luar China Membimbangkan – Catat Peningkatan Mendadak Pada Hujung Minggu!

412

Dolar Amerika kembali diniagakan mengukuh berbanding matawang safe-haven yen selepas ditolak jatuh oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat yang mengecewakan.

Data PMI pembuatan A.S bagi bulan Februari yang diterbitkan pada Jumaat mencatatkan bacaan merosot kepada 50.8 daripada 51.9 bacaan bulan lalu, serta tersasar daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 51.5.

Sementara PMI perkhidmatan pula menyusut kepada 49.4 daripada bacaan yang dicatatkan bulan sebelumnya iaitu 53.3 dan jauh tersasar dari jangkaan untuk berkembang sebanyak 53.3. Bacaan ini menunjukkan penurunan pertama dalam aktiviti perniagaan sejak Februari 2016.

Ini menyebabkan dagangan dolar euro turut mendapat manfaat untuk diniagakan meningkat berbanding USD setelah peningkatannya sebelum ini diangkat oleh bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah yang memberangsangkan.

Selain itu, laporan PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK juga telah mendorong peningkatan bagi dagangan matawang pound berbanding US dolar sebelum didagangkan mendatar pada sesi Asia hari ini.

Dagangan sesi Asia turut menyaksikan indeks dolar berbanding enam matawang utama lain terus mengukuh dengan kenaikan sebanyak 0.2% kepada 99.52.

Matawang Asia didagangkan lemah diheret oleh kebimbangan yang semakin meningkat apabila jumlah kes coronavirus di luar negara China terus mencatat peningkatan menyebabkan pelabur mendapatkan dolar USD dan emas.

Itali, Korea Selatan dan Iran telah merekodkan peningkatan mendadak pada hujung minggu. Kes yang disahkan di Korea Selatan kini telah mencecah 763 orang dengan angka kematian meningkat kepada 7 orang, manakala Iran dengan 43 kes dan 8 kematian serta Itali mencatat 132 kes.

Dolar Aussie yang sensitif dengan perkembangan penularan wabak ini jatuh ke paras terendah 11 tahun dan diniagakan di sekitar paras 0.66 berbanding USD pada awal dagangan sesi Asia.

Kiwi juga didagangkan lemah berbanding USD ditekan oleh bacaan data jualan runcit New Zealand bagi suku keempat yang menunjukkan penurunan kepada 0.7% daripada 1.7% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat