Pasaran Kewangan Terjejas, Tun Dr Mahathir Rancang Bentuk Kerajaan Baru?

1,964

Negara digemparkan dengan perkembangan politik di Malaysia apabila lima mesyuarat berlangsung serentak di ibu negara semalam dan berkemungkinan akan menyaksikan peralihan kuasa dan pengaturan semula politik yang telah dibina oleh gabungan kerajaan baru yang memenangi pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga pemimpin-pemimpin tertinggi yang lain, pelbagai spekulasi kurang menyenangkan berlegar dalam kalangan netizen khususnya di platform media sosial berhubung pergolakan politik tempatan.

Pemimpin utama dari pelbagai parti politik kerajaan dan juga pembangkang dilaporkan telah hadir pada satu mesyuarat khas tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya sekaligus mencetuskan persoalan tujuan program tersebut.

Media gagal mendapatkan jawapan yang jelas berkenaan inti pati mesyuarat berikutan tiada kerjasama oleh pemimpin parti bagi mengulas isu tersebut.

Tun Dr Mahathir yang enggan mengulas ketika diserbu meninggalkan premis itu menguatkan jangkaan pembentukan semula sebuah kerajaan baharu berkemungkinan akan melihatkan pertukaran jawatan penting oleh beberapa pemimpin semasa dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendapat beliau bahawa perkembangan politik tanah air sebagai satu pengkhianatan terhadap janji-janji yang terbentuk pada gabungan sebelum ini ketika perjuangan untuk memenangi pilihan raya.

Beliau dilaporkan tiba di Pejabat Perdana Menteri pada pagi ini untuk bertemu Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai perkembangan politik semasa.

Pada petang ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri beliau iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Ekoran pergolakan politik tempatan ini telah memberi kesan terhadap sentimen pasaran kewangan negara di mana dagangan Bursa Malaysia mencatatkan kemerosotan dengan kebanyakkan kaunter dibuka negatif.

Indeks FBM KLCI telah menyusut ke paras 1500 mata yang dilihat sebagai paras sokongan. Pelabur bertindak keluar dari pasaran dengan kebimbangan terhadap politik semasa di Malaysia.

Namun, pelabur akan tetap menilai perubahan pada kerajaan baru sama ada akan memberikan potensi yang baik atau tidak terhadap ekonomi negara dan kesannya akan mempengaruhi pasaran kewangan semasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat