Ketegangan Geopolitik Makin Meruncing, Kapal Tangki Minyak Iran Pula Diserang!

676

Satu letupan yang dipercayai dicetuskan oleh dua peluru berpandu telah menyebabkan kapal tangki minyak Sabiti yang dimiliki Iran terbakar berhampiran bandar pelabuhan Arab Saudi di Jeddah dan ia disyaki sebagai ‘serangan pengganas’.

Kapal tangki minyak yang dimiliki oleh Syarikat Minyak Nasional Iran itu dilaporkan mengalami kerosakan teruk dan minyak pula melimpah ke Laut Merah ketika berada kira-kira 96 kilometer dari Jeddah.

Susulan daripada laporan itu, harga minyak mentah Brent dan WTI terus melonjak melebihi 2% dengan masing-masing meningkat kepada $60.46 setong dan $54.69 mencecah paras tertinggi sesi berikutan timbul kebimbangan terhadap bekalan global.

Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di rantau ini akan terus menjadi faktor sokongan untuk harga minyak dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, pasaran masih menunggu perkembangan lebih lanjut mengenai insiden ini di samping turut memantau perkembangan rundingan perdagangan AS dan China turut akan memainkan peranan utama dalam memacu harga minyak dalam beberapa sesi akan datang.

Ketegangan antara Iran dan Arab Saudi semakin meningkat setelah serangan dron ke atas kemudahan pengeluaran minyak Arab Saudi September lalu sehingga menjejaskan keupayaanya sebagai pengeluar utama minyak dunia.

Ekoran daripada itu, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa bahawa serangan tersebut adalah daripada Iran dengan mengemukakan penilaian dan gambar satelit sebagai bukti, namun telah dinafikan oleh negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat