Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Pilihanraya Presiden AS Menjadikan US Dollar Terjun Dalam Sesi Asia!

51

Aussie didagang stabil dalam sesi Asia pada Rabu berikutan ketidaktentuan pasaran menjelang pilihanraya presiden 8 November nanti.

aud-usd-02-11
AUD/USD, 30 minit

Australia melaporkan kelulusan pelan bangunan bagi bulan September menurun 3.0%. Matawang AUD didagang pada 0.7652.

Dalam masa yang sama, USD/JPY dan GBP/USD membuat junaman dalam sesi Asia.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang juga kali terakhir dinilai pada 97.76.

Terdahulu, New Zealand melaporkan kadar pengangguran turun pada suku ketiga berbanding angka yang dicatat sebelum ini.

Dalam sesi ini, NZD/USD dinilai meningkat 0.36%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Pasaran matawang juga dijangka sibuk kerana banyak data akan dikeluarkan oleh bank-bank pusat utama dunia. Bank pusat AS dijangka tidak mengbah sebarang kadar pada mesyuarat kali ini, namun berpotensi untuk meningkatkan kadar tersebut Disember nanti.

Buat masa ini, pasaran menjangkakan lebih 73.6% kenaikan akan berlaku pada Disember nanti.

Semalam, US Dollar mencecah tahap terendah walaupun data positif dikeluarkan melalui sektor pembuatan apabila pasaran kekal dalam keadaan tunggu dan lihat untuk sebarang isyarat dalam pertemuan Fed minggu ini.

US Dollar juga terus menjunam disebabkan sentimen kenaikan kadar apabila tercetusnya kontroversi mengenai emel peribadi yang digunakan oleh Clinton sewaktu memegang jawatan sebagai Setiausaha Negara AS.

China Nafikan Negara Tersebut Bakal dilanda Krisis Kewangan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat