Khas Untuk Elon Musk, Pengasas Cardano Kongsi Tips Dogecoin (DOGE)

1,278

Sekali lagi pengasas Cardano (ADA) tampil berkongsi tips untuk pengasas Tesla, Elon Musk menambahbaik Dogecoin (DOGE) susulan daripada peningkatan harganya.

Menurutnya, dogecoin adalah matawang kripto generasi ketiga yang memerlukan kekuatan ekosistem yang sama seperti kripto lain, misalnya Solana.

Pada Mei, Hoskinson memberi cadangan kepada Musk untuk menerapkan sistem yang sama seperti Bitcoin ke dalam Dogecoin. Alasannya, dengan cara itu sahaja blockchain Dogecoin mampu menjalankan sekitar 10,000 transaksi sesaat.

Hoskinson berpendapat dogecoin akan lenyap memandangkan ia sangat lemah dari aspek kemampanan dan tiada kes penggunaan di dunia sebenar. Malah tidak mengejutkan jika Dogecoin turut lenyap jika komunitinya memilih untuk menjual kesemua koin.

Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga pernah berkongsi pendapatnya berkaitan peningkatan saiz blok di rangkaian Dogecoin yang dianggap mustahil, dengan mengetengahkan beberapa cadangan penambahbaikan di blognya.

Sebenarnya, Musk sendiri pernah meminta cadangan penambahbaikan yang diperlukan untuk Dogecoin daripada komuniti kripto menerusi twitnya pada Mei lalu. Figura itu juga mendedahkan sedang bekerjasama dengan pembangun DOGE untuk memampankan rangkaian itu.

Amatlah sia-sia jika Dogecoin didukung tetapi tiada sebarang pembaharuan dilakukan lagi-lagi Musk mahu melancarkan misi DOGE To The Moon pada suku pertama 2022.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.31, susut 1.32% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat